Logo of Arema, by Finexus Group

Terima kasih atas minat anda untuk penyelesaian e-Invois LHDN kami!

Sila isi maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda dengan segera.

AREMA form
Sila masukkan e-mel syarikat anda sahaja kerana kami tidak akan dapat menerima e-mel peribadi anda

Finexus AREMA – Penyelesaian e-Invois LHDN

Penyelesaian kami direka secara komprehensif untuk memenuhi mandat e-Invois LHDN bagi setiap perniagaan seperti Bank, Perbadanan Multinasional (MNC), Badan Korporat, Syarikat (besar atau kecil), dan Peruncit (pelanggan ‘walk-in’ dan dalam talian)

Semua data pelanggan disimpan dengan selamat di Malaysia!

Kemudi Pematuhan e-Invois Malaysia dengan Mudah:
Kepakaran Tempatan, Standard Global

Tersuai

Pangkalan Data untuk Penyewa Tunggal

Kes Penggunaan

Untuk bank atau syarikat insurans di mana kami akan mereka bentuk penyelesaian AREMA tersuai yang bukan sahaja betul-betul padan dengan keperluan bank atau syarikat insurans anda malah mematuhi panduan BNM RMiT

Untuk mana-mana Perbadanan Multinasional (MNC) atau syarikat besar yang lebih menyukai perkhidmatan terurus (managed services) yang eksklusif

Ciri-ciri

  • Finexus akan mengautomasi dan mengintegrasi banyak sistem bank dan insurans ke platform perisian tengah (middleware) AREMA kami, serta menyesuaikan aplikasi AREMA kami untuk memenuhi spesifikasi bank atau syarikat insurans anda
  • API dalam masa nyata
  • Muat naik kelompok data secara automatik
  • Ciptaan Tika (Instant) e-Invois
  • Sokongan Teknikal Berdedikasi, 24x7

Tersuai

Pangkalan Data untuk Penyewa Pelbagai

Kes Penggunaan

Untuk syarikat yang sudah mantap dengan pemilikan sistem perakaunan (cth. SAP, Sage, dll.) atau sistem ERP lain, yang memerlukan pengintegrasian sistem perakaunan mereka dengan AREMA kami yang berfungsi sebagai perisian tengah (middleware)

Ciri-ciri

  • Finexus akan bekerjasama dengan syarikat anda, untuk mengintegrasikan Sistem Perakaunan atau ERP syarikat anda, ke platform perisian tengah (middleware) AREMA kami, untuk aliran proses invois yang lancar tanpa kerja manual
  • API dalam masa nyata (opsyenal)
  • Muat naik kelompok data secara automatik
  • Ciptaan Tika (Instant) e-Invois
  • Sokongan Teknikal Berdedikasi, 24x7

Servis Layan Diri

Pangkalan Data untuk Penyewa Pelbagai

Kes Penggunaan

Untuk PKS atau PKSM yang lebih suka untuk memasuk data secara manual atau memuat naik kelompok data secara pukal ke Portal Laman Web AREMA secara layan diri

Untuk akses yang mudah dan efektif dari segi kos ke AREMA dengan cara layan diri (Do It Yourself atau DIY)

Ciri-ciri

  • Finexus akan menyediakan portal web layan diri untuk penyerahan anda dengan laporan papan pemuka (dashboard) dalam talian yang mudah
  • Muat naik kelompok data secara pukal
  • Ciptaan Tika (Instant) e-Invois
  • Sokongan E-mel
    Isnin – Jumaat, 9 pagi – 6 petang (Respons dalam dua hari bekerja)

Pelanggan Menjana e-Invois Sendiri

Pangkalan Data untuk Penyewa Pelbagai

Kes Penggunaan

Untuk kedai runcit, cawangan, pusat beli-belah, pasar raya, dan restoran makanan dan minimum (F&B) dengan perniagaan kepada pelanggan (B2C) ‘walk-in’ atau dalam talian, di mana pelanggan boleh menjana e-Invois sendiri yang disahkan LHDN bila-bila masa tanpa melengahkan giliran di kaunter

Untuk perniagaan lain dengan pelanggan B2C ‘walk-in’ atau dalam talian

Ciri-ciri

  • Finexus akan menyediakan ‘Electronic Data Capture’ (EDC) baharunya yang boleh mencetak resit dengan kod QR AREMA yang disahkan LHDN supaya pelanggan boleh menjana e-Invois sendiri yang disahkan LHDN
  • Opsyen integrasi dengan sistem POS Runcit cawangan anda
  • EDC yang sesuai untuk PKSM yang tiada POS Runcit
  • Pusat Panggilan Umum
    Isnin – Jumaat, 9 pagi – 6 petang (Respons dalam dua hari bekerja)

Tawaran Promosi!

  • 2-dalam-1 EDC
  • EDC menerima pembayaran seperti DuitNow, Mastercard, Visa dan Alipay
  • EDC menjana resit dengan kod QR yang disahkan LHDN untuk pelanggan menjana e-Invois sendiri

E-mel kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut

merchant.sales@finexusgroup.com

Faedah semua Model

  • Rekonsiliasi invois harian antara perniagaan anda, AREMA, dan LHDN
  • e-Invois yang disahkan LHDN akan di-e-melkan kepada pelanggan anda
  • Penyimpanan data invois sehingga 7 tahun atau mengikut mandat
  • Perlindungan perniagaan anda daripada sebarang perubahan yang diwajibkan untuk pematuhan LHDN pada masa hadapan
  • Standard keselamatan yang ketat pada peringkat aplikasi dan sistem untuk melindungi perniagaan anda daripada tindakan tanpa izin oleh pengguna dan penggodam

Gabungkan Model

Bagi syarikat yang mempunyai pelanggan korporat dan ‘walk-in’ (atau dalam talian), kami akan mencadangkan kombinasi 2 model (cth., Enterprise dan Peruncit, Premium dan Peruncit, dll.) untuk menyelesaikan mandat pematuhan anda

Kami juga boleh menyediakan perkhidmatan label putih untuk platform e-Invois LHDN AREMA kami bagi Model Enterprise atau Premium yang memerlukan penyelesaian Model Peruncit untuk penjenamaan.

FINEXUS
Pembekal Teknologi Sehenti anda untuk Penyelesaian e-Invois LHDN!

Pematuhan Perbadanan Cukai yang Dipermudahkan!

Apakah Jaminan Finexus untuk Pelanggan Kami?

  • Tiada atau perubahan minimum pada sistem perbankan, insurans atau peruncit anda (iaitu sistem ‘Point of Sales’ atau POS, Perancangan Sumber Perusahaan atau ERP, Perakaunan atau Pengebilan) di mana penyelesaian tersuai kami hanya akan dijalani pada antara muka (interface) sistem anda atau dalam integrasi kepada sistem anda
  • Tiada atau pelarasan minimum diperlukan berikutan jangkaan LHDN akan menjalankan pemerkasaaan sistem berterusan dalam dua tahun yang akan datang sebagai projek nasional yang baharu
  • AREMA memainkan peranan sebagai perisian tengah (middleware) dan gerbang LHDN untuk mengantara muka dan mengintegrasi dengan pelbagai sistem syarikat anda, lantas menjimatkan kos penambahbaikan sistem syarikat anda secara menyeluruh
  • Penyimpanan sebarang maklumat tambahan melebihi 55+ item data LHDN yang diperlukan, lantas menjimatkan kos penambahbaikan sistem syarikat anda secara menyeluruh
  • Penyimpanan data selama 7 tahun unutk mematuhi LHDN secara menyeluruh
  • Pramuatan AREMA dengan Peraturan Pengesahan LHDN yang akan dikemaskinikan sepanjang hayat sistem
  • Pemetaan Item Data Hos Pembayar Cukai ke Item Data ‘Staging’ AREMA
  • Aplikasi Peraturan untuk Perniagaan Pembayar Cukai yang mungkin memerlukan penyesuaian lokal (untuk model Enterprise dan Premium sahaja)
  • Keupayaan Pengayaan Data (Data Enrichment) Pengguna dengan seluruh Skrin Kemasukan Data tersedia (built-in data entry screens) dalam sistem AREMA
  • Keupayaan untuk memproses Invois Individu dan Konsolidasi, Invois Bil Sendiri, Credit, Debit, dan Bayar Balik
  • Rekonsiliasi antara Sistem Perakaunan atau Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) dengan AREMA dan LHDN
  • Fungsi tersedia untuk menangkap sebab atau nota pindaan bagi tujuan pensejarahan
  • Makluman untuk Transaksi Berkecuali, Silap atau Tidak Lengkap menerusi e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) (caj dikenakan untuk SMS)
  • Aliran Kerja (Workflow) Penyerahan e-Invois yang fleksibel
  • Notifikasi atau makluman untuk pengguna dengan e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) (caj dikenakan untuk SMS)
  • Pengemasan dan Pengarkiban secara automatik untuk memaksimumkan prestasi dan keselamatan penyimpanan data di luar kawasan syarikat anda (off-site)
  • Pengesahan dan pengendalian pengecualian (exception handling) yang mematuhi LHDN (cth., TIN salah dll.)
  • Keupayaan untuk menyokong Pelbagai Entiti Perniagaan dalam satu platform gabungan
  • Dihoskan dalam persekitaran terselamat yang bergred bank, dengan pengauditan PCI DSS Tahap 1 dan pematuhan BNM RMiT (untuk industri bank dan insurans)
  • Pemerkasaan EDC untuk memenuhi keperluan e-Invois LHDN yang membolehkannya untuk menjadi EDC alternatif canggih untuk memproses pembayaran

Sila ambil perhatian bahawa ciri dan fungsi di atas tersedia untuk model Enterprise dan Premium sahaja.

Mengenai Finexus

Finexus adalah syarikat teknologi Malaysia 100% yang diperbadankan pada tahun 2000 dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur. Finexus terkenal dengan penyediaan pembayaran kawal selia dan sistem pelaporan kritikal untuk industri perbankan dengan Perisian sebagai Perkhidmatan (Software as a Service atau SaaS) pada pusat data awannya di Kuala Lumpur dan Cyberjaya.

Kami mempunyai lebih daripada 700 bakat untuk berkhidmat untuk pasaran. Setakat ini, kami sedang melayani lebih daripada 100 syarikat Perbankan, Kawal Selia dan Teknologi Kewangan (FinTech) di seluruh ASEAN dan Hong Kong.

Secara tradisinya, kami berkhidmat untuk industri perbankan dan teknologi kewangan (FinTech), kerana industri ini memerlukan perkhidmatan pengkomputeran yang kritikal dan komitmen yang tinggi. Pada hari ini, kami berusaha untuk memberikan anda penyelesaian yang tidak kurang kualiti, profesionalisme, dan komitmen.

Masa itu emas.

Sila hubungi kami untuk menerokai penyelesaian yang kompetitif untuk anda dan perniagaan anda. Kami memberi jaminan bahawa kami akan mempunyai penyelesaian untuk anda. Kami ingin mengetahui keperluan spesifik anda.

Bahasa Melayu