Pada 20 September 2024, Pahang Go Sdn. Bhd. secara rasmi menjadi Pekongsi Program MyXaaS Finexus dalam satu majlis penandatanganan perjanjian di Hotel Everly, Putrajaya.
Sebagai pengeluar e-Wang dan Peserta Langsung DuitNow PayNet, Finexus akan memperkasakan aplikasi PahangGo dengan perkhidmatan e-Wallet kad prabayar dan pembayaran DuitNow untuk lebih daripada 500,000 penggunanya.
Pahang Go Sdn. Bhd., yang ditugaskan untuk melaksanakan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Negeri Pahang, bermisi untuk mendukung peralihan kerajaan ke arah perkhidmatan dalam talian menjelang 2025. Salah satu instrumen yang digunakan adalah aplikasi PahangGo.
Dengan pengguna dari seluruh 11 daerah di Pahang, aplikasi ini telah menjadi platform utama untuk penduduk Pahang dalam mengurus pelbagai pembayaran seperti cukai jalan, saman, bayaran tempat letak kereta , utiliti, zakat, wakaf, dan pendidikan. wakaf, and educational contributions.
“Kami berbangga dapat menyokong wawasan Negeri Pahang dalam meningkatkan infrastruktur pembayaran kerajaan dengan pelaksanaan spektrum penuh perkhidmatan DuitNow di aplikasi PahangGo.
“DuitNow ‘Request-to-Pay’ sebagai contohnya, akan membantu pengguna PahangGo untuk mengelakkan caj lewat dengan menghantar mesej permintaan pembayaran untuk cukai, saman dan bayaran statutori lain. Selain itu, pengguna dapat mengakses semua resit dan penyata bulanan mereka dalam satu aplikasi.
“Bagi negeri Pahang pula, mereka juga dapat memantau tunggakan bayaran mengikut daerah atau individu melalui penyelarasan akaun berpusat, yang seterusnya akan meningkatkan kutipan hasil kerajaan melalui proses kutipan yang lebih teratur,” kata Clement Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Finexus.
Antara pemerkasaan lain termasuk keupayaan untuk menambah nilai e-Wallet PahangGo dari lebih daripada 40 bank dan e-Wallet lain dengan DuitNow ‘Online Banking Wallet’ (OBW), dengan had e-Wallet sebanyak RM 3,000 atau RM 10,000 selepas proses peningkatan e-Wallet melalui e-KYC (Kenali Pelanggan Anda secara elektronik).
Sejajar dengan Pelan Digital Pahang 2021-2025, proses e-KYC ini juga akan membantu untuk mengesahkan dan mengkonsolidasikan data profil penduduk Pahang dari pelbagai agensi kerajaan, bagi pelengkapan profil digital yang lebih dikenali sebagai PahangID, lantas memperkemaskan lagi perkhidmatan kerajaan untuk rakyat.
Lebih menarik lagi, pengguna PahangGo bukan sahaja dapat membuat pembayaran QR tempatan kepada peniaga di Malaysia, tetapi juga pembayaran QR rentas sempadan kepada peniaga di Indonesia (QRIS), Singapura (NETS), Thailand (PromptPay), dan China (Alipay) yang menggunakan QR nasional negara masing-masing.
Pengguna PahangGo juga boleh memohon kad prabayar fizikal melalui aplikasi PahangGo untuk pembayaran di kedai-kedai yang menerima Visa dan/atau Mastercard di seluruh dunia serta membuat pengeluaran tunai menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Kad-kad ini boleh diuruskan secara individu dan langsung pada aplikasi PahangGo, di mana pengguna boleh membekukan kad, menetapkan had perbelanjaan, menukar PIN kad, serta mengaktifkan ciri seperti e-Dagang, pembelian di luar negara, dan pembayaran tanpa sentuh.
Aplikasi PahangGo mempunyai potensi signifikan untuk berkembang dalam perkhidmatan bagi rakyat Pahang, dengan rancangan pengagihan bantuan kewangan, biasiswa, dan pinjaman pendidikan serta pembiayaan mikro untuk usahawan PKSM dan mikro-insurans untuk orang ramai.
Dengan pelbagai perkhidmatan yang akan ditawarkan oleh aplikasi PahangGo, Finexus berharap dapat terus menyokong Negeri Pahang dalam membudayakan komuniti tanpa tunai.
Artikel ini telah diterbitkan di Malaysia Kini: https://www.malaysiakini.com/announcement/720017