Kumpulan FINEXUS menutup tirai ulang tahun ke-25 Jubli Peraknya (Silver Jubilee) dengan merangkul tujuh Anugerah Majikan Terbaik daripada MYMEA dan Jobstore (Gangsa) berikut:
- MYMEA Team of the Year – Financial Technology
- MYMEA Employee Engagement of the Year – Financial Technology
- Jobstore Top Employer of The Year – MNC
- Jobstore Top Employer of the Best Workplace – MNC
- Jobstore Top Employer of Graduate Choice – MNC
- Jobstore Top HR Team of The Year – MNC
- Jobstore Top Employer of The Year – Private
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan FINEXUS dalam membina budaya kerja yang mengutamakan warga kerja dan dipacu teknologi, sekali gus memperkasakan warga kerjanya yang dikenali sebagai Finexeers — agar lebih pantas, mudah menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi gelombang teknologi akan datang.
Warga Kerja Didahulukan
Finexeers menikmati budaya kerja yang benar-benar menitikberatkan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi. FINEXUS menawarkan opsyen kerja hibrid, termasuk hari bekerja dari rumah serta waktu kerja fleksibel antara jam 7 pagi hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 7 petang, sekali gus membolehkan kakitangan mengurus jadual harian mereka dengan mudah.
Syarikat ini turut menyediakan polisi cuti berdasarkan keperluan realistik hidup — merangkumi cuti peperiksaan, aktiviti sukan dan khidmat negara, selain peruntukan untuk perkahwinan, bersalin, isteri bersalin, ehsan serta sakit berpanjangan.
Kesejahteraan warga kerja menjadi keutamaan dengan pelbagai inisiatif seperti aktiviti sukan mingguan, saringan kesihatan, program vaksinasi, penilaian ergonomik, sesi fisioterapi dan ceramah literasi kewangan. Sokongan kesihatan mental turut disepadukan melalui manfaat perubatan, pergigian dan optik yang menyeluruh, termasuk perlindungan untuk ahli keluarga. Bagi memupuk budaya kerja yang lebih rancak, FINEXUS turut menyediakan hidangan kafeteria serta menganjurkan sambutan kebudayaan dengan aktiviti yang menarik dan pemberian cenderamata.
Sebagai syarikat yang mengutamakan warga kerjanya, FINEXUS telah berjaya mewujudkan persekitaran yang membolehkan Finexeers berkembang, maju dan menerima sokongan sepenuhnya.
Pembelajaran Memacu Teknologi
Di FINEXUS, pembelajaran bukan hanya digalakkan tetapi terbenam dalam DNA organisasi. Finexeers diberi ruang untuk menjalankan eksperimen dengan berani dan meneroka idea baharu tanpa gentar akan kegagalan.
Bagi menyokong perkembangan dan kolaborasi, FINEXUS telah memperkenalkan FINEXUS Connect, sebuah platform intranet sehenti untuk Finexeers, di samping inisiatif pembacaan tersusun melalui Kelab Buku FINEXUS dan Pangkalan Pengetahuan Berpusat (Knowledge Base) yang membolehkan perkongsian ilmu serta mengurangkan jurang antara jabatan. Warga kerja turut terlibat secara aktif dalam sesi semakan pelan hala tuju dan pembangunan produk, sekali gus memperkukuhkan amalan kerja tangkas serta mewujudkan peluang berkolaborasi yang bernas, merentasi organisasi.
Sesi perhimpunan (town hall) maya dan hibrid yang kerap, lengkap dengan sesi soal jawab terbuka, juga memastikan Finexeers sentiasa mengikuti perkembangan dan pencapaian utama syarikat, berpaksikan nilai FINEXUS, serta didorong untuk mencabar norma dengan kaedah kerja yang lebih inovatif dan cekap.
Di FINEXUS, bakat dipupuk dalam persekitaran yang menyatukan pembelajaran, kolaborasi dan inovasi secara seiring.
Aspirasi Dihargai, Bakat Diperkasa
FINEXUS percaya bahawa warga kerjanya merupakan jurutera sebenar kejayaan organisasi. Justeru, pelaburan terhadap pembangunan kerjaya bermula sejak hari pertama, dengan rangka kerja kemajuan yang berstruktur dan telus, sama ada melalui laluan pengurusan atau penyumbang individu.
Untuk kekal kompetitif, FINEXUS mengamalkan pampasan berasaskan pasaran melalui penandaarasan data industri, tinjauan industri, papan iklan jawatan serta pangkalan data pampasan.
Penilaian prestasi yang dijalankan secara kerap juga membolehkan maklum balas diberikan tepat pada masanya dan sokongan melalui bimbingan berfokus, tugasan mencabar dan perancangan penggantian yang sistematik, supaya bakat berprestasi dan berpotensi tinggi mempunyai hala tuju yang jelas untuk berkembang maju.
Di FINEXUS, pembangunan kerjaya bukan sekadar proses pentadbiran, sebaliknya satu komitmen berterusan untuk memupuk bakat dan memperkasakan Finexeers untuk mencapai potensi sepenuhnya.
Jurutera Membentuk Masa Depan
Dari aspek kemajuan teknologi, jurutera perisian FINEXUS berjaya memperkemaskan aliran kerja dengan menyingkirkan pengekodan berulang, menyeragamkan amalan terbaik serta memusatkan penyelesaian boleh guna semula merentas projek.
Penggunaan automasi di sebalik tabir turut meningkatkan kecekapan operasi secara ketara, termasuk mengurangkan masa pelaksanaan (deployment), mempercepatkan proses, dan mengurangkan beban tugasan rutin jurutera.
Justeru, penambahbaikan tersebut menghasilkan pasukan yang lebih ramping dan berprestasi tinggi untuk mencapai hasil yang lebih mantap, sambil mengoptimumkan penggunaan sumber dan mengekalkan kecemerlangan operasi. Paling penting, jurutera kini dapat menumpu lebih perhatian kepada inovasi bernilai tinggi.
Di FINEXUS, teknologi dan bakat bergabung untuk memberikan jurutera kebebasan, peralatan dan sokongan untuk berinovasi, berkembang dan membentuk masa hadapan teknologi kewangan.
Warga Kerja dan Teknologi Berkembang Seiringan
“Kami kini berada dalam fasa transformasi dan inovasi yang amat mengujakan, daripada penyedia perisian yang kecil kepada syarikat teknologi berasaskan perisian sebagai perkhidmatan (SaaS). Bersama-sama, kami berinovasi. Bersama-sama, kami berjaya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FINEXUS, Clement Loh.
FINEXUS membuktikan bahawa budaya yang mengutamakan warga kerja dan dipacukan teknologi saling melengkapi serta mempercepatkan kemajuan. Inilah keunikan FINEXUS — di mana teknologi memperkasakan warga kerja, dan warga kerja mempercepatkan evolusi teknologi.
Artikel ini telah diterbitkan di Malaysia Kini: https://www.malaysiakini.com/announcement/764195