‘Kedah Pay’ mudahkan rakyat buat bayaran tanpa tunai | Malay Mail

A person scanning the QR Pay code presented on a terminal mounted on a wall

ALOR SETAR, 3 Mac  — Kerajaan Kedah melancarkan aplikasi “Kedah Pay” dalam usaha  menyediakan platform pembayaran tanpa tunai melalui teknologi imbasan sistem Quick Response (QR) Code yang dijangka boleh digunakan sepenuhnya pertengahan tahun ini.

Menteri besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.

“Aplikasi ini menyediakan kaedah pembayaran berpusat untuk rakyat dan kakitangan kerajaan negeri dalam membuat pembayaran, pemindahan wang, pembayaran bil setempat, pengeluaran wang dan pembayaran bil melalui telefon pintar sahaja.

“Hasrat kerajaan negeri adalah untuk memberi kemudahan kepada rakyat Kedah  menjelaskan sebarang jenis pembayaran melalui aplikasi ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis pelancaran ‘Kedah Pay’ dan majlis penyerahan dokumen perjanjian kerjasama antara pihak Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan Virlinks Technology Sdn Bhd sempena Ekspo Muafakat kedah di Stadium Darul Aman.

Ahmad Bashah berkata penggunaan aplikasi akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), institusi pendidikan tinggi dan premis perniagaan.

“Buat permulaan, pelaksanaan dan perkhidmatan ini akan bermula secara dalaman agensi kerajaan negeri yang melibatkan aktiviti pembayaran gaji kakitangan awam, pembayaran cukai tanah dan pintu serta kutipan hasil yang lain.

“Saya harap dengan aplikasi ini ia dapat memberi manfaat kepada kerajaan negeri serta semua kakitangan kerajaan dan rakyat Kedah dan dapat memudahkan proses kutipan hasil kerajaan negeri disamping meningkatkan hasil kutipan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata apabila aplikasi ini dilaksanakan sepenuhnya pertengahan tahun ini sebanyak RM500 juta bakal diperolehi setiap bulan manakala dalam tempoh setahun jumlah kutipan pembayaran daripada penggunaan aplikasi ini boleh mencecah antara RM5 bilion hingga RM6 bilion.  — Bernama

Visit: https://www.projekmm.com/news/berita/2018/03/03/kedah-pay-mudahkan-rakyat-buat-bayaran-tanpa-tunai/1589411

finexus@cd2

Tech Wrapped 2022

Finexus announces an investment of RM10 million over the next five years Local technology group Finexus announces an investment of RM10 million over the next

Read More »
finexus paynet agreement chinapress

获PayNet公司50万 Finexus平台启用Leasy

(吉隆坡6日讯)科技金融服务提供商Finexus集团宣布,具有账单拆分功能的 Leasy应用程式将通过大马 付网有限公司(PayNet)提供高达50万令吉的资 金,于MyXaaS Innovation平台上正式启用。 FINEXUS集团在文告指出,Leasy应用程式于今年8月在PayNet的首届金融科技电子支付加速器计划中 Finexus选为其中6家最有前途的金融科技初创企业决赛入围者之一。PayNet零售支付服务董事凯鲁安指出,Leasy应用程式的创新账单机器阅读理解技术与DuitNow Request结合,用于进行账单拆分并大致解决已知的问题,最终改善大马人的用户体验。 MyXaaS Innovation平台是一个专门为初创企业打造的软件铸造厂,可利用已有的应用程式介面(API)快速构建他们梦想中的应用程序。Finexus集团总执行长罗宝儿也希望,能通过现成且已验证的MyXaaS Innovation平台加速Leasy应用程式的商业化,从而无需经历繁琐的过程获取符合的监管许可、复杂合规要求认证以及数百万投资收益。 Visit: https://www.chinapress.com.my/20221207/获paynet公司50万-finexus平台启用leasy/

Read More »
finexus paynet agreement zh

FINEXUS 与其 MyXaaS Innovation Platform中的账单拆分应用程序签署协议,并从 PayNet 获得高达 500,000 令吉的资金

Finexus 将通过 Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) 提供高达 500,000 令吉的资金,用于 MyXaaS Innovation Platform上启用账单拆分功能的Leasy App。 Leasy App于今年8月在 PayNet 的首届Fintech ePayments Accelerator Programme中被Finexus 选为其中六家最有前途的金融科技初创企业决赛入围者之一。 “对其令人鼓舞的发展,我们感到万分高兴。 与

Read More »
English (UK)